BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, October 13, 2009

Akidah di Hati

Allah SWT menjadikan akidah secara umum dan merata untuk seluruh umat manusia, kekal sepanjang masa kerana telah nyata kesan-kesan manfaat dan keperluannya, samada dalam kehidupan individu atau perkembangan masyarakat.

1) BERIMAN KEPADA ALLAH akan memancarkan perasaan yang baik dan dapat membina semangat untuk menuju kearah kebaikan. keimanan juga dapat mendidik hati untuk sentiasa menyelidik dan meneliti mana-mana yang salah dan tercela, malah dapat menimbulkan keinginan untuk mencari keluhuran, kemuliaan dan ketinggian budi serta akhlak. ia juga menggalakkan seseorang supaya menghindarkan dirinya dari perbuatan yang hina.

2) BERIMAN KEPADA MALAIKAT dapat menggalakkan hati untuk mencontohi dan meniru tingkah laku mereka yang baik dan terpuji serta menolong untuk mencapai kebenaran. selain itu mereka mengajak untuk memperolehi penjagaan yang sempurna sehingga tidak satu pun yang timbul dari manusia melainkan yang baik dan mulia sahaja.

3) BERIMAN KEPADA KITAB-KITAB SUCI ALLAH SWT. Ini adalah satu keimanan yang memberikan arah untuk menempuh jalan yang lurus, bijaksana dan diredhai sebagaimana yang telah digariskan oleh Allah SWT agar semua manusia mentaatinya. Sebabnya ialah kerana hanya dengan cara ini manusia dapat mencapai kesempurnaan yang hakiki, samada dari segi kebendaan atau kerohanian dan akhlak.

4) BERIMAN KEPADA NABI-NABI DAN RASUL ALLAH. Dengan keimanan ini, semua manusia mengikut jejak langkah mereka dan menghiasi diri dengan meniru akhlak mereka. Selain itu juga bersabar dan tabah hati dalam mencontohi mereka sebab sudah jelas bahawa tindak tanduk mereka mencerminkan satu teladan yang amat baik. bahkan ianya merupakan kehidupan yang suci dan bersih serta dikehendaki oleh Allah SWT agar dimiliki oleh seluruh umat manusia.

5) BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT. Ini akan menjadi pendorong yang terkuat untuk mengajak manusia berbuat kebaikan dan meninggalkan kejahatan.

6) BERIMAN KEPADA TAKDIR (QADA' DAN QADAR). Keimanan ini akan memberikan kekuatan dan kesanggupan kepada seseorang untuk mengharungi segala rintangan, seksaan, kesengsaraan dan kesukaran. Sementaraitu, segala halangan dan dugaan yang dahsyat sekalipun akan dianggap kecil sahaja.
Perkara-perkara di atas jelas bahawa tujuan utama akhlak ialah mendidik manusia secara baik dalam menempuh jalan kehidupan, menyucikan jiwa lalu mengarahkannya ke jurusan yang tertetu untuk mencapai puncak dan sifat-sifat yang tinggi dan luhur. Tujuan yang lebih utama lagi ialah supaya diusahakan agar mencapai darjat keimanan yang tertinggi

Menempuh jalan yang dilandasi oleh didikan murni dan utama yang dilakukan oleh seseorang dengan melalui penanaman akidah keagamaan adalahsatu saluran yang paling tepat dalam memperolehi cita-cita pendidikan yang terbaik. Hal yang demikian adalah kerana agama ternyata mempunyai satu kekuatan tertinggi dalam hati dan jiwa. ia juga memberikan kesan yang mendalam pada persaan, malah tidak ada kuasa atau pengaruh yang dapat ditmbulkan oleh perkara-perkara lain, baik yang sudah dikaji oleh para cendikiawan atau sarjana pendidikan.

Jadi jelaslah bahawa penanaman akidah atau kepercayaan dalam hati adalah jalan yang paling tepat dan wajib dilalui untuk menimbulkan unsur-unsur kebaikan. Ini kerana, hanya kerana bersendikan akidah ini akan tercipta kesempurnaan hidup, bajkan akan memberikan sahan yang paling banyak untuk membekalkan jiwa seseorang dengan sesuatu yang lebih bermanfaat dan sesuai dengan petunjuk Allah. Bentuk pendidikan seperti ini akan menghiasi kehidupan dengan pakaian yang indah, rapi dan sempurna, juga menaunginya dengan kecintaan den kesejahteraan.
Betapa besar hikmahnya mengapa keimanan itu dijadikan kekal, tidak berbeza antara keimanan yang diajarkan oleh Allah pada zaman dahulu dan sekarang, bahkan di masa dan tempat mana sekalipun. semuanya sama dan serupa. tidak ada satu umat yang dibiarkan kosong oleh Allah ST tanpa mengutuskan RasulNya yang diberi tugas untuk mengajak manusia kepada keimanan yang sedemikian serta menanamkan sedalam-dalamnya akar akidah itu ke dalam hati

Akidah merupakan roh bagi setiap orang. Dengan berpegang teguh kepadanya, ia akan hidup dalam keadaan yang baik dan gembira, tetapi jika ditinggalkan ia akan mematikan semangat kerohanian manusia. Ia bagaikan cahaya, apabila seseorang itu buta daripadanya pasti ia akan tersesat dalam kehidupannya, malah tidak mustahil ia akan terjerumus ke lembah-lembah kesesatan tyang amat dalam sekali.
Akidah adalah sumber rasa kasih sayang yang terpuji. Ia merupakan tempat tertanamnya perasaan yang indah dan luhur serta tempat tumbuhnya akhlak yang mulia. Sebenarnya tiada suatu keutamaan pun melainkan ia pasti timbul dari situ dan tidak pula suatu kebaikan melainkan pasti bersumber daripadanya.


0 comments: