BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, October 12, 2009

Membina Keluarga Islam



Keluarga Islam adalah keluarga yang dibangun atas dasar ketaatan kepada Allah SWT yang mana pemahaman asas anggotanya adalah hanya mencari keredhaan Allah SWT dan yang diatur oleh peraturan-Nya. Setiap anggota keluarga Islam ini menjalankan hak dan kewajipan masing-masing sesuai dengan peraturan Allah SWT. Ketaatan ini dimulakan dari sejak awal, iaitu dari sejak menentukan kriteria pasangan hidup, proses memilih, khitbah (meminang), pernikahan, serta proses menjalani kehidupan rumahtangga, iaitu sentiasa berada di jalan kebenaran, jalan Allah SWT.

Bagaimana kita dapat membentuk keluarga yang sesuai dengan tuntutan Allah SWT, iaitu sebuah keluarga yang berasaskan ideologi Islam?

Pertama: Asas dari pernikahan tersebut adalah akidah Islam, bukan manfaat ataupun kepentingan. Dengan menjadikan Islam sebagai landasan, maka segala sesuatu yang terjadi dalam keluarga tersebut dirujuk kembali pada Islam.

Kedua: Adanya visi dan misi yang sama antara suami isteri tentang hakikat, tujuan hidup dan berkeluarga dalam Islam.

Ketiga: Memahami dengan benar fungsi dan kedudukan masing-masing dalam keluarga dan berusaha sedaya upaya menjalankannya sesuai dengan tuntutan Allah dan Rasul-Nya.

Keempat: Menjadikan Islam dan syariatnya sebagai penyelesaian terhadap seluruh permasalahan yang terjadi dalam kehidupan berkeluarga. Halal dan haram dijadikan landasan dalam melakukan sesuatu, bukan hawa nafsu.

Itulah bangunan asas untuk membentuk keluarga yang kukuh dan berideologi Islam. Lebih dari itu, bangunan keluarga tersebut akan mencapai kekuatan yang hakiki jika berjaya di dalam persekitarannya, kerana keluarga memiliki peranan yang penting dalam pembentukan sebuah masyarakat. Keluarga adalah persekitaran awal pendidikan asas bagi seorang manusia. Jika keluarga, sekolah, dan masyarakat merupakan sendi-sendi pendidikan yang penting, maka keluarga adalah pemberi pengaruh pertama. Keluarga memiliki peranan strategik dalam proses pendidikan anak, bahkan umat manusia. Keluarga lebih kuat pengaruhnya dari sendi-sendi yang lain. Sejak awal kehidupannya, seorang manusia lebih banyak mendapat pengaruh dari keluarga sebab waktu yang dihabiskan di keluarga lebih banyak daripada di tempat-tempat lain.

0 comments: