BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, October 12, 2009

Mengenali Allah



Pada masa ini manusia telah mencapai kemuncak kemajuan sains dan teknologi. Berbagai-bagai penemuan sains telah ditemui sehingga manusia berjaya meneroka angkasa lepas. Kemajuan dalam bidang sains dan teknologi juga membolehkan manusia mencipta alat-alat yang canggih untuk menjamin kehidupan yang mewah, selesa dan bahagia. Kehidupan manusia bertambah seronok dan mereka berlumba-lumba untuk mencapai kemewahan hidup. Namun kemewahan dan keseronokan hidup itu tidak mampu untuk memberikan kedamaian dan ketengan jiwa manusia. Malahan kekayaan dan kekuasaan manusai menambahkan lagi kekusutan, keresahan dan penderitaan jiwa mereka. Oleh tiu kita melihat rakyat di Negara-negara maju seperti Jepun dan Eropah berdepan dengan gejala membunuh diri yang semakin meningkat dari semasa dari semasa. Dari sudut yang lain kita juga melihat peperangan dan pembunuhan semakin menular.


Manusia perlu kepada agama yang dapat mengembalikan mereka semula kepada Tuhan yang Maha Pencipta. Apabila manusia mengenali dirinya sebagai hamba yang lemah dan mengenali Allah SWT sebagai Tuhan Yang maha Pencipta,Maha Agung lagi Maha perkasa maka akan lahirlah ketengan dan kedamaian dalam diri mereka kerana ia akan sentiasa dilindungi oleh Allah. Manusia yang jahil dan tidak mengenali Allah yamg menciptanya akan jahil mengenai hakikat dirinya sendirinya. Apabila manusia mengenali Allah SWT maka Allah SWT akan menjelaskan kepada mereka mengenai hakikat kewujudan manusia dan hakikat kewujudan alam semesta ini melalui rasul-rasul yang diutuskan dan kitab-kitab yang diturunkan sebagai panduan kepada manusia. hanya dengan berpandukan kepada petunjuk Allah SWT manusia akan memahami akan hakikat tersebut. Manusia yang mengenal Allah SWT akan sentiasa menjadi orang yang baik dan menjaga maruah diri serta tidak berlaku zalim terhadap apa jua di alam semesta ini.

Kesimpulannya,makrifatullah adalah matlamat dari penciptaan makhluk terutama manusia.Begitu juga makrifatullah itu merupakan asas kpda segala gerak laku dan kegiatan dalam kehidupan manusia.mereka yang mengenali Allah sahaj yang akan benar-benar menikmati makna kehidupan dan kebahagiaan.

0 comments: