BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, October 12, 2009

Sumber Kekuatan islam


Sumber-sumber kekuatan dan faktor-faktor kemampuan umat Islam ialah:

Pertama: Kekuatan Bilangan Yang Besar

Ummat ini memiliki sumber daya manusia yang sangat besar dengan bilagan dan jumlah pemeluknya yang begitu banyak. Mereka dapat melahirkan zuriat dan membangunkan generasi baru. Dengan begitu, bilangan dan jumlah mereka semakin bertambah hari demi hari, sedangkan fenomena sekarang menunjukkan bahawa ummat-ummat lain, semakin hari semakin kurang bilangan generasi barunya. Sehingga ada di kalangan para pemikir dan cendikiawan mereka menjadi sangat cemas dan khuatir akan kesinambungan dan kelanjutan perjalanan ummatnya di pentas dunia. Sesungguhnya,bilangan dan jumlah kaum Muslimin yang sangat besar dan banyak ini merupakan salah satu pemberian dan kurnia Allah SWT kepada kita semua. Firman-Nya dalam surah al-A'raf:86 yang bermaksud:

"Dan ingatlah di waktu dahulunya kamu berjumlah sedikit, kemudian Allah Ta'ala memperbanyak bilanagn kamu"

Kedua: Kekuatan Material

Keadaan dan sifat-sifat semulajadi tanah yang sangat luas itu terdiri dari pelbagai variasi dan peringkat kesuburan. Jenis-jenis tanaman yang tidak sesuai ditanam di salah satu bahagian, boleh ditanam di bahagian nagara yang lain. Kesemuanya saling melengkapi dan mencukupi kekurangan yang dihadapi oleh bahgaian yang lain. Selain itu, di dalam perut bumi negeri-negeri ummat Islam yang sangat kuas itu tersimpan khazanah semula jadi yang telah dibekalkan oleh Allah SWT untuk kesejahteraan para hambaNya yang beriman. Demikian juga di dalam lautan dan samudera yang luas melintang, tersimpan khazanah dan kekayaan-kekayaan yang berbagai-bagai jenis dan tidak ternilai harganya, mungkin tidak dapat dijumpai di kawasan-kawasan negeri dan jajahan bangsa-bangsa bukan Islam. Minyak bumi umpamanya, yang menjadi nadi penggerak utma negara-negara industri, kebanyakannya tersimpan didalam perut bumi negeri-negeri ummat Islam. Malahan, sumber-sumber tersebut sebahagianya telah diterokai dan dimanfaatkan oleh pihak-pihak asing. Mereka membeli sumber-sumber semulajadi dan bahan komoditi dengan harga yang rendah, kemudian mereka menghasilkan keluaran baru dari bahan-bahan tersebut dan menjualnya balik kepada kita dengan harga yang sangat tinggi dan mahal. Fenomena seperti ini berlaku dan terjadi dalam situasi "ketidakwujudan makna ummat Islam" dalam ertikata yang sebenarnya.

Ketiga: Kekuatan Rohani

Kekuatan rohani(spiritual) adalah salah satu kekuatan yang paling utama dimiliki oleh ummat Islam. kekuatan tersebut bersumber daripada 'Risalah Islam' yang telah dianugerahkan oleh Allah SWT kepada mereka yang terkandung di dalam satu-satunya "dokumen langityang teguh dan kukuh" dan merupakan "titah-titah Allah SWT yang terakhir diturunkan kepada ummat manusi, iaitu kitab suci al-Quran. Risalah Islam yang dianugerahkan kepada Nabi Muhammad SAW mempunyai beberapa ciri antaranya ialah: syumuliaitu mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia.

1 comments:

AnisMuslimah said...

Negara kita hanya 1..cintailah Malaysia, kita jangan jadi seperti pengemis di tanah air sendiri..
Perjuangkan kedaulatan negara berlandaskan kebenaran seperti apa yang digariskan oleh Islam...
kekuatan mesti dibina dri sekarang..