BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, October 16, 2009

Ke Mana HalaTuju Mahasiswa Agama




Apakah reaksi anda apabila seseorang memanggil anda ustaz atau ustazah lepasan Universiti Kebangsaan Malaysia, lepasan Universiti Al-Azhar Mesir ataupun pelajar bidang agama daripada mana-mana Institusi Pengajian Tinggi. Adakah anda mahu mengatakan sebaliknya ataupun mengakui sememangnya anda pelajar lepasan agama dan tahu serba sedikit tentang persoalan agama. Untuk menolak gelaran ini merupakan suatu yang mustahil kerana semua orang tahu di mana kita belajar, berdasarkan kepada pengenalan yang kita ada seperti sijil-sijil, gambar-gambar kenangan atau "khabar mulut" yang tersebar di kalangan masyarakat. Hari ini semua orang sedang memerhatikan pelajar lepasan agama seperti dari mahasiswa tempatan,dari al Azhar samada masyarakat umum, golongan belia dan golongan yang terlibat dengan politik. Kedapatan ada sesuatu perkara menarik yang menyebabkan mereka semua menumpahkan sepenuh perhatian kepada pelajar lepasan agama. Apa yang pasti masyarakat umum mengharapkan bimbingan untuk membezakan antara yang hak dan batil, untuk menerangkan batas halah dan haram, dan menghuraikan permasalahan semasa yang berlaku.


Golongan politik juga telah terbuka mata untuk mempergunakan mahasiswa agama ini bagi meraih sokongan masyarakat kerana mereka tahu di sana ada kelebihan tersembunyi dan perlu digilap. Mahasiswa tempatan dan golongan belia mahupun mereka, sebagai pembantu memartabatkan perjuagan kerana golongan ini merupakan antara suara utama menentukan jatuh bangunnya sesebuah masyarakat. Gelaran pelajar lepasan agama tidak boleh dipandang sebegitu mudah. Di pundak inilah terbeban pentaklifan yang maha berat, untuk menyampaikan ilmu dan ajaran Islam, melaksanakan amar maaruf nahi mungkar seterusnya mengembalikan semula kesyumulan Islam yang telah lama lenyap. Sebagai pelajar agama apa lagi yang dihajatkan melainkan keredhaan Allah yang menjadi tunjang utama kekuatan dan inipati untuk menunaikan kewajipan tersebut.

0 comments: