BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, October 12, 2009

Takutkan Anak Biar Bertempat




Menakut-nakutkan anak telah menjadi budaya dalam masyarakat kita. Malah anak-anak memang diajar untuk takut pada sesuatu sejak kecil lagi. Hal ini disebabkn ibu bapa yang tidak dapat mengagak apakah yang akan terjadi kepada anak-anak mereka jika tidak ditakutkan dengan perkara-perkara tertentu. Umumnya ibu bapa hanya berfikir bagaimana caranya agar anak-anak tidak melakukan hal yang akan membahayakan diri mereka. Contohnya anak-anak dilarang menaiki tangga kerana takut mereka jatuh, dilarang bermain dengan pisau takut nanti mereka tercedera. Akibatnya kanak-kanak tersebut tidak merasai sendiri pengalaman dan risiko daripada tindakannya. Apalagi jika kanak-kanak itu masih kecil dan tidak tahu menilai rasionalnya ibu bapa mereka menakut-nakutkan mereka.

Takut Kepada Allah Benteng Perbuatan Jahat


Kepercayaan Tahyul Dan Khurafat

Dewasa ini media massa sering berlumba-lumba menayangkan berbagai-bagai siri cerita seram yang menakutkan. Perkara ini amat tidak baik bagi perkenbangan mental anak-anak sebaliknya sebagai orang tua atau ibu bapa harus tidak mendedahkan mereka dengan perkara khurafat dan tahyul seperti menakut-nakut mereka dengan cerita dan filem-filem hantu. Bukankahn Allah SWT telah berfirman bahawa makhluk itu terbahagi kepada dua kategori, yang boleh dilihat dan tidak bolehdilihat. Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Sesungguhnya ia(jin) dan pengikut-pengikutnya melihat kalian (hai manusia) dari suatu tempat yang kalu tidak boleh melihat mereka".(al-A'raf:27)


2 comments:

AnisMuslimah said...

Akidah penting untuk pegangan umat Islam... ia Tunjang kepada kepercayaan islam..

MUNIR ANAS MOHD SHAH said...

info yang patut diketengahkan menjadi contoh kepada semua ibubapa yang mendambakan anak-anak yang soleh-jadikan keluarga baraqah impian semua-