Apakah reaksi anda apabila seseorang memanggil anda ustaz atau ustazah lepasan Universiti Kebangsaan
Golongan politik juga telah terbuka mata untuk mempergunakan mahasiswa agama ini bagi meraih sokongan masyarakat kerana mereka tahu di
Apakah reaksi anda apabila seseorang memanggil anda ustaz atau ustazah lepasan Universiti Kebangsaan
Golongan politik juga telah terbuka mata untuk mempergunakan mahasiswa agama ini bagi meraih sokongan masyarakat kerana mereka tahu di
Posted by AmLi at 2:51 AM 0 comments
Labels: Isu Penuntut IPT
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Syukur ke hadrat Ilahi kerana keizinanNya dapat saya menyiapkan blog "Ilham Nurani" ini dengan ilmiah sebagai tatapan bersama. Terima kasih tidak terhingga kepada Prof Madya Dr. Zulkiple b. Abd. Ghani yang telah membimbing saya sepanjang sesi pengajaran Teknologi Maklumat Dakwah (PPPM3032).
Konsep blog yang dicetus oleh ilham nurani " Al-Quran didahulukan sunnah diutamakan" idea konsep ke arah memartabatkan dua dimensi yang mesti didahulukan iaitu Kitabullah dan Sunnatullah diutamakan dalam apa jua keadaan. Kedua-duanya merupakan syarat mutlak tercapainya perhambaan diri dan untuk memperolehi keredhaan Allah s.w.t di dunia mahupun di akhirat.
Semoga 1430H menyaksikan kerapatan hubungan di antara kita dan antara kita dengan Allah s.w.t.. Amin...
Posted by AmLi at 2:39 AM 2 comments
Labels: My Blog's Concept
Posted by AmLi at 5:27 PM 0 comments
Labels: Isu Akidah Islam
Menakut-nakutkan anak telah menjadi budaya dalam masyarakat kita. Malah anak-anak memang diajar untuk takut pada sesuatu sejak kecil lagi. Hal ini disebabkn ibu bapa yang tidak dapat mengagak apakah yang akan terjadi kepada anak-anak mereka jika tidak ditakutkan dengan perkara-perkara tertentu. Umumnya ibu bapa hanya berfikir bagaimana caranya agar anak-anak tidak melakukan hal yang akan membahayakan diri mereka. Contohnya anak-anak dilarang menaiki tangga kerana takut mereka jatuh, dilarang bermain dengan pisau takut nanti mereka tercedera. Akibatnya kanak-kanak tersebut tidak merasai sendiri pengalaman dan risiko daripada tindakannya. Apalagi jika kanak-kanak itu masih kecil dan tidak tahu menilai rasionalnya ibu bapa mereka menakut-nakutkan mereka.
Takut Kepada Allah Benteng Perbuatan Jahat
Kepercayaan Tahyul Dan Khurafat
Dewasa ini media massa sering berlumba-lumba menayangkan berbagai-bagai siri cerita seram yang menakutkan. Perkara ini amat tidak baik bagi perkenbangan mental anak-anak sebaliknya sebagai orang tua atau ibu bapa harus tidak mendedahkan mereka dengan perkara khurafat dan tahyul seperti menakut-nakut mereka dengan cerita dan filem-filem hantu. Bukankahn Allah SWT telah berfirman bahawa makhluk itu terbahagi kepada dua kategori, yang boleh dilihat dan tidak bolehdilihat. Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Sesungguhnya ia(jin) dan pengikut-pengikutnya melihat kalian (hai manusia) dari suatu tempat yang kalu tidak boleh melihat mereka".(al-A'raf:27)
Posted by AmLi at 9:17 AM 2 comments
Labels: Isu pendidikan Anak-Anak
Posted by AmLi at 9:10 AM 1 comments
Labels: Isu Undang-Undang Islam
Posted by AmLi at 8:55 AM 1 comments
Labels: Isu Politik
Sumber-sumber kekuatan dan faktor-faktor kemampuan umat Islam ialah:
Pertama: Kekuatan Bilangan Yang Besar
Ummat ini memiliki sumber daya manusia yang sangat besar dengan bilagan dan jumlah pemeluknya yang begitu banyak. Mereka dapat melahirkan zuriat dan membangunkan generasi baru. Dengan begitu, bilangan dan jumlah mereka semakin bertambah hari demi hari, sedangkan fenomena sekarang menunjukkan bahawa ummat-ummat lain, semakin hari semakin kurang bilangan generasi barunya. Sehingga ada di kalangan para pemikir dan cendikiawan mereka menjadi sangat cemas dan khuatir akan kesinambungan dan kelanjutan perjalanan ummatnya di pentas dunia. Sesungguhnya,bilangan dan jumlah kaum Muslimin yang sangat besar dan banyak ini merupakan salah satu pemberian dan kurnia Allah SWT kepada kita semua. Firman-Nya dalam surah al-A'raf:86 yang bermaksud:
"Dan ingatlah di waktu dahulunya kamu berjumlah sedikit, kemudian Allah Ta'ala memperbanyak bilanagn kamu"
Kedua: Kekuatan Material
Keadaan dan sifat-sifat semulajadi tanah yang sangat luas itu terdiri dari pelbagai variasi dan peringkat kesuburan. Jenis-jenis tanaman yang tidak sesuai ditanam di salah satu bahagian, boleh ditanam di bahagian nagara yang lain. Kesemuanya saling melengkapi dan mencukupi kekurangan yang dihadapi oleh bahgaian yang lain. Selain itu, di dalam perut bumi negeri-negeri ummat Islam yang sangat kuas itu tersimpan khazanah semula jadi yang telah dibekalkan oleh Allah SWT untuk kesejahteraan para hambaNya yang beriman. Demikian juga di dalam lautan dan samudera yang luas melintang, tersimpan khazanah dan kekayaan-kekayaan yang berbagai-bagai jenis dan tidak ternilai harganya, mungkin tidak dapat dijumpai di kawasan-kawasan negeri dan jajahan bangsa-bangsa bukan Islam. Minyak bumi umpamanya, yang menjadi nadi penggerak utma negara-negara industri, kebanyakannya tersimpan didalam perut bumi negeri-negeri ummat Islam. Malahan, sumber-sumber tersebut sebahagianya telah diterokai dan dimanfaatkan oleh pihak-pihak asing. Mereka membeli sumber-sumber semulajadi dan bahan komoditi dengan harga yang rendah, kemudian mereka menghasilkan keluaran baru dari bahan-bahan tersebut dan menjualnya balik kepada kita dengan harga yang sangat tinggi dan mahal. Fenomena seperti ini berlaku dan terjadi dalam situasi "ketidakwujudan makna ummat Islam" dalam ertikata yang sebenarnya.
Ketiga: Kekuatan Rohani
Kekuatan rohani(spiritual) adalah salah satu kekuatan yang paling utama dimiliki oleh ummat Islam. kekuatan tersebut bersumber daripada 'Risalah Islam' yang telah dianugerahkan oleh Allah SWT kepada mereka yang terkandung di dalam satu-satunya "dokumen langityang teguh dan kukuh" dan merupakan "titah-titah Allah SWT yang terakhir diturunkan kepada ummat manusi, iaitu kitab suci al-Quran. Risalah Islam yang dianugerahkan kepada Nabi Muhammad SAW mempunyai beberapa ciri antaranya ialah: syumuliaitu mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia.
Posted by AmLi at 8:36 AM 1 comments
Labels: Isu Negara Islam
Pada masa ini manusia telah mencapai kemuncak kemajuan sains dan teknologi. Berbagai-bagai penemuan sains telah ditemui sehingga manusia berjaya meneroka angkasa lepas. Kemajuan dalam bidang sains dan teknologi juga membolehkan manusia mencipta alat-alat yang canggih untuk menjamin kehidupan yang mewah, selesa dan bahagia. Kehidupan manusia bertambah seronok dan mereka berlumba-lumba untuk mencapai kemewahan hidup. Namun kemewahan dan keseronokan hidup itu tidak mampu untuk memberikan kedamaian dan ketengan jiwa manusia. Malahan kekayaan dan kekuasaan manusai menambahkan lagi kekusutan, keresahan dan penderitaan jiwa mereka. Oleh tiu kita melihat rakyat di Negara-negara maju seperti Jepun dan Eropah berdepan dengan gejala membunuh diri yang semakin meningkat dari semasa dari semasa. Dari sudut yang lain kita juga melihat peperangan dan pembunuhan semakin menular.
Posted by AmLi at 8:32 AM 0 comments
Labels: Isu Penghayatan Islam
Syarat-syarat taubat :
-Ikhlas ingin bertaubat
-Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
-Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
-Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
-Dikerjakan sebelum ajal tiba
Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya
Firman Allah: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar: 30)
Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.
Cara melaksanakan solat taubat :
Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;
Waktu di lakukan – bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail
Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” (Cukup di dalam hati, ada perbahasan ulama’ tentang lafaz niat dlm ibadah – sila rujuk kpd pakar feqah)
Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),
Ertinya:
"Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim"
Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.
Posted by AmLi at 8:14 AM 0 comments
Labels: Isu Ilmu-Ilmu islam
SALE!!! Harga runtuh!!! Jualan murah!!! Promosi pembukaan!!! Jualan gudang!!! Harga borong!!! harga terendah!!! Lelong!!! Jualan penghabisan stok!!! Jualan hari raya!!! Itulan di antara tulisan-tulisan yang terpampang sebagai iklan bagi menarik minat orang ramai mengerumuni sesebuah pusat membeli-belah. Pastinya trademark di atas seakan-akan sudah lali kita saksikan sebagai 'manisan' di pintu masuk dan papan iklan di luar gedung membeli belah untuk melariskan jualan. Taktik halus menerusi iklan menarik serta kreatif yang digunakan peniaga dan pengiklan sememangnya menjadi senjata utama untuk memastikan pengguna tertarik dengan promosi barangan. Menurut satu kajian, iklan melalui televisyen merupakan iklan yang paling cepat dan efektif untuk mendapatkan pelanggan. Malam ini iklan ini tersiar, keesokannya akan ada jutaan pengguna mencarinya di pasaran. Begitulah hebatnya pengaruh televesyen kepada masyarakat pengguna tidak kira pengguna dewasa, remaja mahupun kanak-kanak. Malah, kanak-kanak dikatakan golongan pengguna yang cepat terpengaruh dengan iklan di televisyen berbanding pengguna golongan dewasa dan remaja.
Namun, pastinya tiada siapa yang lebih tertarik dengan segaja promosi dan tawaran harga runtuh sebagaimana yang ditawarkan melainkan 'kaki shopping' yang sentiasa berselera untuk membeli-belah. Pantang saja terlihat papan iklan mahupun katalog yang menawarkan potongan harga yang istimewa, pasti menjadi tidak keruan selagi tidak berkunjung ke situ dan mengangkut pulang bungkusan barang-barang. mereka yang seperti ini tidak perlu menunggu Karnival Jualan Mega berlangsung untuk berbelanja.
'Kegilaan' membeli –belah ini tidak lain adalah disebabkan pengaruh iklan tanpa kawalan sehingga sampai ke tahap pembaziran. Sikap ini seolah-olah menjadi amalan. Sesetengah berpandangan, jika tidak bermewah-mewah, seseorang itu mungkin dipandang rendah oleh masyarakat sekeliling. Lebih-lebih lagi dalam suasana masyarakat sekarang yang lebih bersifat kebendaan. Tidak salah untuk berbelanja dan bermewah tetapi bukan secara berlebihan. Itulah prinsip islam yang sebenar kerana bermewah tanpa had akan menyebabkan seseorang terjerat dengan hutang di kemudian hari.
Risiko Penggunaan Kad Kredit
Berhutang merupakan kenyataan yang melanda hampir setiap individu dalam masyarakat hari ini. dalam hasrat memperlihatkan taraf hidup yang tinggi, ada yang berbangga dengan mempunyai pelbagai kad kredit. Kajian Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) mendapati kebanyakan pengguna kad kredit mempunyai pendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan. Mereka menggunakannya sebagai alternatif untuk memiliki kemudahan wang dengan cara mudah dan ini mendorong kepada gejala boros berbelanja. Jika berhutang menjadi satu tabiat maka apabila pendapatan bertambah, hutang juga akan bertambah. Akhirnya ramai yang menghadapi risiki dibawa ke mahkamah dan diisytiharkan muflis.
Membeli Biar Berpada
Adakah 'kegilaan' membeli-belah ini boleh dikaitkan sebagai suatu penyakit yang membahayakan diri atau ia merupakan salah satu cara menghilangkan tekanan kerja (stres) di pejabat? Pensyarah kanan di Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia (Pekerjaan) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Fatimah Omar berpendapat bahawa sesetengan individu terdorong untuk menghilangkan tekanan dengan cara membeli-belah yang hakikatnya mereka sendiri tidak memerlukannya. Keadaan ini kemungkinan berlaku disebabkan oleh tekanan yang tidak diluahkan kepada seseorang, sehingga tiada jalan penyelesaian lain melainkan menghiburkan diri dengan keluar membeli-belah.
Namun apa yang tidak diingini berlaku ialah keseronokan membeli-belah itu hanya bersifat sementara sahaja kerana sebaik sahaja pulang dari berbelanja barulah disedari bahawa barang yang dibeli itu sebenarnya tidak diperlukan.Itu belum lagi dengan pembelian melebihi pendapatan (over budget) sehinga mengakibatkan hutang.Justeru kita disarankan agar menyenaraikan terlebih dahulu keutamaan barangan yang ingin dibeli sebelu bertindak keterlaluan kerana perancangan awal dan strategi membeli belah yang mampu mengelakkan seseorang berbelanja tanpa had.Secara tidak langsung ia akan menyelamatkan kita daripada terpedaya dengan pujukan promosi iklan sebaliknya berfikir terlebih dahulu dan membuat senarai barang yang sepatutnya dibeli.
Sementara itu, Prof Madya Dr Aminuddin Mohd Yusof dari Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia (PsikologiSosial)UKM, pula memberikan pandangan bahawa kegilaan untuk membeli-belah sebenarnya bukan satu penyakit, sebaliknya ia adalah 'ketagihan' membeli tanpa batasan.Sifat boros ini telah menjadi amalan buruk seseorang dan dia tidak mampu mengawal diri setiap kali keluar berbelanja. Justeru pembeli seharusnya arif dalam mengenal pasti taktik jualan murah itu benar-benar menguntungkan atau sekadar simbolik untuk memancing pengguna. Sebagai contoh, ada juga pakaian yang memang dijual khusus sempena promosi sebagai daya tarikan untuk pembeli. Dalam hal ini terdapat empat kategori pembeli yang keluar membeli belah iaitu:
Masyarakat hari ini kebanyakannya mudah tertarik dengan tawaran iklan sehingga mudah membeli sedangkan ia bukanlah menjadi keperluan penting buat diri mahupun keluarganya. Keadaan ini bukanlah suatu tabiat yang baik kerana ia akan mendidik masyarakat menjadi boros , umpamanya bonus yang diperpleh setiap tahun dimanfaatkan kepada perbelanjaan yang tidak sepatutnya .
Justeru dinasihatkan kepada 'kaki shopping' untuk berfikir terlebih dahulu barangan yang ingin dibeli dan dahulukan keperluan penting untuk mengelak daripada bahana mengikut nafsu untuk kepuasan diri semata-mata bak kata pepatah ' biar bapa asal bergaya '. Lebih-lebih lagi jika di musim perayaan ini ramai yang ingin berlumba-lumba mempamerkan kekayaan tidak kira pada harta,kenderaan., rumah ,pakaian , barang kemas dan sebagainya . Belajarlah menabung dan ukurlah baju di badan sendiri kerana langit itu tidak selalunya cerah . Beringatlah sebelum kena dan berjimatlah sebelum habis!!!
Posted by AmLi at 7:29 AM 0 comments
Labels: Isu Ekonomi
Posted by AmLi at 7:25 AM 0 comments
Labels: Isu pembinaan keluarga